Nun jauh di belantara
menggalas senapang hitam
terbongkok di balik semak
diselubung gelita malam
sepasang mata menangkap mudah
unggunan api galak menyala
penjajah negara kemas berjaga
tiga khemah terpacak bina.
Dipanjat jua bukit kecil
penembak handalan jarak jauh
bumi kian jelas di mata
strategi kian jelas di kepala
di semak itu bercangkung kaku
menanti musuh di kala alpa.
Sebutir peluru meluncur deras
letupan menghambat unggas yang lena
terbujur kaku mayat si ketua
tempang habis bala tentera
panik dan tembak tiada hala
perasaan rakus tersemat di dada
terhabis sudah peluru diguna
tiada sebutir yang tersisa.
Semak itu membongkar rahsia
sekumpulan perajurit negara bangsa
dikawal rapi penjaga bukit
ditawan habis penjajah negara
sebutir peluru dilepas cuma
satu nyawa melayang sahaja
seluruh musuh hancur binasa.
Khamis, 1 September 2011
About the Author
I'm Author description here. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these sentences with your own descriptions.
Subscribe to Our Feed and Follow Me on Twitter
My user
- Merdeka



0 komen:
Catat Ulasan