Musim sejuk berakhir jua
sesudah empat bulan bersua
salji kian mencair
bumi kian menghijau
bunga kian mengembang
sungai kembali deras aliran
hulu ke hilir tiada sekatan
mudah mengalir ke lautan.
Bangunlah beruang-beruang sekalian
tempoh hibernasi berakhir sudah
kejutkan yang masih lena
sedarkan yang masih alpa
ingatkan yang masih leka
perutmu pasti terkebil-kebil
tekakmu pasti dilanda kemarau
ayuh bangkitlah segera
ikan yang besar tangkaplah
isi yang manis ratahlah
air yang jernih teguklah.
Pulanglah burung-burung penghijrah
sarangmu dilitupi rezeki melimpah
bumimu dilitupi cacing tanah
mangsamu dilitupi isi merah
berkicaulah di pagi dan petang
harmonikan suasana hijau hutan
bukakan sayapmu hiaskan langit
terbang bebas dari bukit ke bukit.
Rabu, 14 September 2011
Khamis, 1 September 2011
0 Sebutir Peluru
Nun jauh di belantara
menggalas senapang hitam
terbongkok di balik semak
diselubung gelita malam
sepasang mata menangkap mudah
unggunan api galak menyala
penjajah negara kemas berjaga
tiga khemah terpacak bina.
Dipanjat jua bukit kecil
penembak handalan jarak jauh
bumi kian jelas di mata
strategi kian jelas di kepala
di semak itu bercangkung kaku
menanti musuh di kala alpa.
Sebutir peluru meluncur deras
letupan menghambat unggas yang lena
terbujur kaku mayat si ketua
tempang habis bala tentera
panik dan tembak tiada hala
perasaan rakus tersemat di dada
terhabis sudah peluru diguna
tiada sebutir yang tersisa.
Semak itu membongkar rahsia
sekumpulan perajurit negara bangsa
dikawal rapi penjaga bukit
ditawan habis penjajah negara
sebutir peluru dilepas cuma
satu nyawa melayang sahaja
seluruh musuh hancur binasa.
menggalas senapang hitam
terbongkok di balik semak
diselubung gelita malam
sepasang mata menangkap mudah
unggunan api galak menyala
penjajah negara kemas berjaga
tiga khemah terpacak bina.
Dipanjat jua bukit kecil
penembak handalan jarak jauh
bumi kian jelas di mata
strategi kian jelas di kepala
di semak itu bercangkung kaku
menanti musuh di kala alpa.
Sebutir peluru meluncur deras
letupan menghambat unggas yang lena
terbujur kaku mayat si ketua
tempang habis bala tentera
panik dan tembak tiada hala
perasaan rakus tersemat di dada
terhabis sudah peluru diguna
tiada sebutir yang tersisa.
Semak itu membongkar rahsia
sekumpulan perajurit negara bangsa
dikawal rapi penjaga bukit
ditawan habis penjajah negara
sebutir peluru dilepas cuma
satu nyawa melayang sahaja
seluruh musuh hancur binasa.
Labels:
Merdeka


